Maahad Tarbiah Islamiah Derang & Pendidikan

Pendidikan adalah proses yang tiada noktahnya!

وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

 "Siapa yang menempuh jalan untuk mencari  ilmu , maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju surga."

(HR Muslim, no. 2699)







Ia merupakan satu-satunya jalan untuk melahirkan generasi manusia dengan potensi yang seimbang dan bersepadu. Di sinilah  t amadun bangsa bangkit dan berkembang pesat lalu menghulurkan kemajuan dan jasa buat kehidupan sejagat.


Bertitik tolak dari semangat ini, kami memulakan langkah merealisasikan hasrat murni dengan menubuhkan  Maahad Tarbiah Islamiah Derang (MTID)  pada Januari 1980.


Di peringkat awal,  MTID  telah diusahakan oleh 40 orang pendokong pertama yang diketuai oleh ulama terkenal iaitu  Syeikh Niamat Yusuf


Ketika itu, bangunan maahad ini dibina di atas sebuah tanah wakaf seluas 10 ekar.


Hari demi hari berlalu. Dekad demi dekad menjengah.  MTID  terus berkembang maju sehingga banyak bangunan dan potensi telah dibina.


Kini, tanah wakaf  MTID  yang asalnya seluas 10 ekar, sudah berkembang dan bertambah menjadi 27.5 ekar!



Bangunan yang tunggal sudah meningkat menjadi sebuah perkampungan tarbiah yang dihuni oleh ratusan penduduk.


Semuanya adalah hasil dari usaha gigih orang ramai yang memberikan sumbangan tenaga, buah fikiran dan wang ringgit.


Maahad Tarbiah Islamiah Derang Yang Terkini



Pergerakan, perkembangan dan hasil positif yang ditunjukkan oleh MTID sekarang,  semuanya adalah kegigihan para penyumbang terdahulu.


Hingga kini,  MTID  sudah berjasa melahirkan tenaga-tenaga manusia yang terlibat dalam pembangunan insan dan masyarakat di segenap peringkat.


Setelah 4 dekad berlalu,   MTID  masih aktif dan teruja untuk meneruskan agenda melahirkan insan-insan berguna, sesuai dengan semangat mottonya,  “Ke Arah Melahirkan Generasi Ulama.”


Seiring dengan perkembangan semasa, keperluan logistik  MTID  turut bertambah disebabkan kepercayaan masyarakat terhadap keupayaan  MTID  melakar ilmuwan masa hadapan .


Terkini, pembinaan bangunan kompleks ini telah pun memasuki fasa 2.

Kompleks ini akan mewujudkan logistik pendidikan berupa kelas dan bilik darjah bagi menampung pertambahan pelajar saban tahun.




Selain itu, makmal, perpustakaan, dewan kuliah dan dewan serbaguna yang lebih luas turut dibina dalam fasa 2 ini bagi memudahkan pelajar mengadakan pelbagai aktiviti atau program yang bersifat  indoor   .


Rebutlah Peluang Keemasan Ini!



Justeru,  MTID  menyeru para dermawan, marilah berganding bahu bersama kami untuk merealisasikan perancangan pendidikan ke arah melahirkan generasi ilmuwan melalui sumbangan dan derma wakaf Pendidikan.


Sebagaimana usaha gigih dermawan dahulu dalam menaikkan misi dan visi pendidikan  MTID  di sepanjang 4 dekad ini tidak sia-sia, maka para dermawan hari ini tidak perlu merasa ragu dengan usaha dan perancangan ini.


Perkembangan semasa membuktikan  MTID  masih dan akan terus menggalas tugas mengharungi cabaran semasa meneruskan agenda melahirkan generasi insan yang bakal mendidik dan membimbing masyarakat di masa hadapan.


Ayuh Gandakan Pahala Dengan Menderma!




Bayangkan, setiap ringgit yang didermakan, akan ditukar menjadi binaan dan logistik yang bakal memberi manfaat kepada ribuan pelajar!




Bayangkan, setiap ringgit yang dihulurkan, menjadi sebab para pelajar dapat meningkatkan potensi akhlak dan intelektualnya dengan lebih lancar dan selesa!


Berapa banyakkah ganjaran pahala yang akan dituai?!

Berapa lamakah tempoh pahala ini akan terus terhasil?!


Inilah yang dinamakan sebagai pahala jariah, iaitu pahala yang terus mengalir ke dalam akaun amalan para pendermanya.


Anda menderma mungkin sekali dua. Namun ganjaran pahala terus mengalir bak air sungai yang terus mengalirkan airnya tanpa henti-henti.


Inilah pelaburan akhirat yang sangat menguntungkan!


Tidak sekadar ‘jariah’ yang berterusan, malah setiap ringgit yang didermakan, insya Allah akan digandakan sehingga 700 kali ganda, kerana agenda pendidikan memartabatkan Islam adalah sebahagian dari jihad di jalan Allah (fi sabilillah).


Renungi maksud firman Allah ini:

“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah umpama sebiji benih yang ditanam lalu menumbuhkan tujuh tangkai. Pada tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji benih yang lain. Dan (ingatlah) Allah boleh melipat-gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”

(Surah al-Baqarah, ayat 261)

 

Ayuh, infaqkan harta anda melalui sedekah di jalan Allah dan berwakaf walaupun dengan nilai RM10.


MTID  membuka ruang yang seluas-luasnya untuk para dermawan mengusahakan pelaburan akhirat melalui agenda Pendidikan Islam yang berterusan demi melahirkan ulama dan ilmuwan di masa hadapan.





Anda boleh berinfaq secara >

>> DANA BULANAN <<



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Dana Maahad Tarbiah Islamiah 1- RM1000
Dana Maahad Tarbiah Islamiah 2 - RM750
Dana Maahad Tarbiah Islamiah 3- RM500
Dana Maahad Tarbiah Islamiah 4- RM100
Dana Maahad Tarbiah Islamiah 5- RM50
Dana Maahad Tarbiah Islamiah 6- RM30
Dana Maahad Tarbiah Islamiah 7- RM 20
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN