
USAHA RAMAIKAN GENERASI BERAKHLAK
JOM BANTU MEREKA!
Mendidik anak-anak adalah cabaran terhebat bukan sahaja ibu bapa, tetapi guru, ulama, kerajaan dan juga masyarakat untuk memastikan generasi akan datang berakhlak mulia.
Biarpun zaman semakin moden, canggih dan masyarakat semakin kaya dengan harta benda, di mana pada dulunya susah sekarang semakin senang, namun akhlak anak-anak semakin hilang.
Isu ini yang sering menjadi perdebatan di kalangan orang ramai sama ada di media sosial atau pun kedai kopi.
Sungguhpun begitu, usaha berterusan membentuk akhlak mulia generasi muda telah lama diusahakan Maahad Tarbiah Islamiah Mukim Derang ini.
Dengan menetapkan matlamat utama maahad tarbiah ini "melahirkan insan yang berakhlak mulia", mudah-mudahan usaha pusat pengajian ini akan melahirkan generasi-generasi muda yang celik agama dan berakhlak mulia sepanjang zaman.
Perlukan RM2.2 Juta Bina Bangunan Lengkap Dengan Fasiliti Pengajian
Usaha membina satu lagi bangunan kompleks tambahan sedang giat dilaksanakan bagi menampung keperluan pelajar yang memilih membina masa depan lebih baik di Maahad Tarbiah Islamiah, di sini.
Pembinaan bangunan kompleks ini telah pun memasuki fasa 2, namun terhenti ditengah jalan akibat kekurangan dana.
Mana tidaknya, kos pembinaan kompleks ini hanya bergantung daripada dana orang awam dan hasil sumbangan dermawan serta infak-infak pemburu syurga.
Mengikut plan pembangunan, fasa 2 projek ini merangkumi
pembinaan kelas-kelas bilik darjah untuk menampung pertambahan pelajar saban tahun.
Selain itu, dalam fasa 2 ini makmal juga akan dibina untuk tujuan pendidikan, perpustakaan, dewan kuliah dan dewan serbaguna yang lebih luas untuk membolehkan pelajar berkumpul dalam satu-satu masa ketika mengadakan aktiviti atau program.
Maahad tarbiah sekarang bukan seperti dahulu, banyak ilmu-ilmu dan matapelajaran yang seimbang antara akademik dan agama diajarkan.
Sama cerah masa hadapan anak-anak yang belajar di maahad tarbiah ini dengan sekolah harian biasa, asrama penuh atau kluster.
Ramai ibu bapa dan anak-anak remaja mula sedar kebaikan dan menjadikan Maahad Tarbiah Islamiah pilihan pertama untuk menyambung pengajian ke peringkat seterusnya.
Usaha pemilik, dan guru-guru agama, ustaz, pendakwah dan ulama ini perlu diteruskan oleh masyarakat dan anda semua.
Kerana, pelajar di sini mungkin bakal menjadi pelapis pendakwah pada masa akan datang dan membantu terus menghidupkan kembali syiar Islam, dan menjadi insan berakhlak mulia walaupun dunia semakin berubah.
Ini sahajalah usaha yang boleh anda bantu demi penyebaran dan memperkukuhkan ajaran Islam di dunia ini.
Anda juga boleh membantu Maahad Tarbiah Islamiah secara >
Hasil amalan baik pelajar yang menggunakan kompleks bakal dibina ini juga, pastinya pahalanya juga berbalik kepada penderma dan pewakaf untuk pembangunan Maahad Tarbiah Islamiah ini.
Alhamdulillah wakaf dan derma anda bukan perkara yang sia-sia.
Bayangkan walau hanya satu bata pun akan menjadi amal jariah berpanjangan ke alam sana, inikan pula sumbangan ikhlas harta, wang ringgit dari anda untuk pembangunan pusat pengajian Islam.
“Jika pahala itu kita boleh melihat seperti simpanan wang di bank, pasti ramai yang berebut-rebut untuk bersedekah”
Allah SWT juga pernah berfirman yang bermaksud :
“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji. Dan (ingatlah) Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” Surah al-Baqarah, ayat 261)
Ayuh laburlah dengan memberi sedekah atau berwakaf walaupun sekecil RM10 hari ini.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :
“Terdapat tiga ibadah yang akan membantu kamu di alam kubur, ibadah sedekah akan mencerahkan kuburmu, ibadah sedekah akan melapangkan kuburmu, dan ibadah sedekah yang akan memadamkan api kepanasan di kuburmu,”.
Hari ini anda masih berkesempatan, pilihlah untuk melabur saham di akhirat di bawah!
Sejarah Maahad Tarbiah Islamiah, Derang
Menurut sejarah, Maahad Tarbiah Islamiah ini ditubuhkan oleh 40 orang pendokong pertama yang diketuai oleh alim ulama terkenal iaitu Syeikh Niamat Yusuf. Bangunan maahad ini dibina di atas sebuah tanah wakaf berkeluasan 10 ekar.
Namun terus berkembang sehingga banyak bangunan fasiliti yang lebih sempurna dibina. Kini tanah wakaf untuk kegunaan Maahad Tarbiah Islamiah, Derang semakin luas sehingga mencecah 27.5 ekar, semuanya hasil sumbangan orang ramai.
Ada yang menyumbang tenaga, ada yang menyumbang wang ringgit dan ada yang menyumbang harta benda.
Tujuan pembinaan Maahad Tarbiah Islamiah ini hanya satu untuk membentuk 'Al-Insanul Kamil' (insan yang sempurna) sejak dari usia kecil, yang mampu berinteraksi dengan baik terhadap alam dan penciptanya.
Anda boleh membantu dengan menjadi penyumbang secara >